BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 8 November 2011

Pernahkah ?


PERNAHKAH kau mendongak ke langit,melihat 
camar putih sesucisalju bebas berterbangan 
di udara dn lantas kau mnjerit keghairahan,meminta 
ia membawamu terbang bersama ?
Aku Pernah !

PERNAHKAH kau berlari di gigi air smbil mendengar
nyanyian ombak yang tak pernah jemu 
memukul pantai,lalu kau tersenyum dn mengibarkan 
cinta kekasihmu adalah ombakdan hatimu adalah pantainya ?
Aku Pernah !

PERNAHKAH kau mengecapi rasa cinta dan 
kasih yang kaurasakan luhur dan tiada 
noktahnya sampaikan kau terlupa
tetang erti sebuah kehilangan ?
Aku Pernah !

Aku pernah memiliki semuanya,lebih dari yang 
kupinta,lebih dari yang ku dambakan .

Dalam sekelip mata,aku kehilangan segalanya yang 
aku kasihi sepenuh jiwaku.Hidupku 
yang bersih jernih kini bergejala dengan noda hitam.
Aku kehilangan saudara,cinta dan sahabat yang pernah 
aku bangga-banggakan dulu.
Impianku yang dahulunya tinggi mencakar langit,setinggi
Menara Kuala Lumpur,kini terkubur di dalam perut bumi.

Kering sudah air mataku untuk mengesak tangis dn hilang 
sdh suaraku untk mnjerit payah.Benar,aku sememangnye 
pernh terlupa tentang erti kehilangan smpailah segala 
yang aku miliki lenyap,jauh dari gapaianku.
Kini sungai deritaku tidak pernah putus mengalir.
Cintaku bagaikan hiasan kristal yang pecah berderai,
tak mampu lagi kucantum semula .

Aku bukan pelukis yang mampu melarikan mata pena di 
atas kertas,menarikan tarian indah kata2 
yang menyentuh sukma.
Aku bukan pelukis yang mampu menukrkan kanvas putih
kpd pelangi yang berwarna-warni yang cantik 
menghiasi pandangn mata.

Aku juga bukan penyair yang mampu melagukan 
rangkap-rangkap kiasan indah yang lembut mengusik jiwa.
Malahan diri kedil ini tak mampu menjadi pentaksir, 
yang bijak menterjemah maksud kehidupan.

Kerdilku,jahilku dan khilafku membuatkan aku tersungkur,
rebah tanpa kekuatan untuk bangkit berdiri.
Aku umpama pahlawan yang berbekalkn
perisai dn pedang sedangkan musuh-musuhku 
dilengkapi radar dn nuklear.

Kaki ku goyah untuk melangkah sendirian tatkala 
teman2 yang lain sudahpun berlari jauh,
meninggalkan aku sebelum peperangan ini bermula.
Medan pertempuran ini terpaksa aku rentasi sendirian.
Ya Rabbi,hanya diri-MU taman sejatiku.
Hanya Kau teman hakiki.

Hanya Kau,Ya ALLAH,yang tahu betapa aku rindukan 
hidupku yang dulu.
Hidup yang tenang dan Indah sebelum aku di kianat 
oleh teman sendiri,menjahanamkan segala detik 
bahagia yang pernah kumiliki.

Namun walaupun sejuta titisan air mata darah 
yang mengalir ke pipi ini,sejarah silam takkan mampu kuubah.
Aku hanya mampu merintis jejak ke masa
depanku sambil menadah tangan,berdoa agar di permudahkan 
jalan yang Kau bentangkan di depanku.
Aku REDHA dengan segala ketentuan dari-MU,
YA ALLAH !

p/s:Jangan pernah lupa atau alpa bahawa kita akan merasai kehilangan sewak2 kita bahagia.

0 comments: