PERNAHKAH kau mendongak ke langit,melihat
camar putih sesucisalju bebas berterbangan
di udara dn lantas kau mnjerit keghairahan,meminta
ia membawamu terbang bersama ?
Aku Pernah !
PERNAHKAH kau berlari di gigi air smbil mendengar
nyanyian ombak yang tak pernah jemu
memukul pantai,lalu kau tersenyum dn mengibarkan
cinta kekasihmu adalah ombakdan hatimu adalah pantainya ?
Aku Pernah !
PERNAHKAH kau mengecapi rasa cinta dan
kasih yang kaurasakan luhur dan tiada
noktahnya sampaikan kau terlupa
tetang erti sebuah kehilangan ?
Aku Pernah !
Aku pernah memiliki semuanya,lebih dari yang
kupinta,lebih dari yang ku dambakan .
Dalam sekelip mata,aku kehilangan segalanya yang
aku kasihi sepenuh jiwaku.Hidupku
yang bersih jernih kini bergejala dengan noda hitam.
Aku kehilangan saudara,cinta dan sahabat yang pernah
aku bangga-banggakan dulu.
Impianku yang dahulunya tinggi mencakar langit,setinggi
Menara Kuala Lumpur,kini terkubur di dalam perut bumi.
Kering sudah air mataku untuk mengesak tangis dn hilang
sdh suaraku untk mnjerit payah.Benar,aku sememangnye
pernh terlupa tentang erti kehilangan smpailah segala
yang aku miliki lenyap,jauh dari gapaianku.
Kini sungai deritaku tidak pernah putus mengalir.
Cintaku bagaikan hiasan kristal yang pecah berderai,
tak mampu lagi kucantum semula .
Aku bukan pelukis yang mampu melarikan mata pena di
atas kertas,menarikan tarian indah kata2
yang menyentuh sukma.
Aku bukan pelukis yang mampu menukrkan kanvas putih
kpd pelangi yang berwarna-warni yang cantik
menghiasi pandangn mata.
Aku juga bukan penyair yang mampu melagukan
rangkap-rangkap kiasan indah yang lembut mengusik jiwa.
Malahan diri kedil ini tak mampu menjadi pentaksir,
yang bijak menterjemah maksud kehidupan.
Kerdilku,jahilku dan khilafku membuatkan aku tersungkur,
rebah tanpa kekuatan untuk bangkit berdiri.
Aku umpama pahlawan yang berbekalkn
perisai dn pedang sedangkan musuh-musuhku
dilengkapi radar dn nuklear.
Kaki ku goyah untuk melangkah sendirian tatkala
teman2 yang lain sudahpun berlari jauh,
meninggalkan aku sebelum peperangan ini bermula.
Medan pertempuran ini terpaksa aku rentasi sendirian.
Ya Rabbi,hanya diri-MU taman sejatiku.
Hanya Kau teman hakiki.
Hanya Kau,Ya ALLAH,yang tahu betapa aku rindukan
hidupku yang dulu.
Hidup yang tenang dan Indah sebelum aku di kianat
oleh teman sendiri,menjahanamkan segala detik
bahagia yang pernah kumiliki.
Namun walaupun sejuta titisan air mata darah
yang mengalir ke pipi ini,sejarah silam takkan mampu kuubah.
Aku hanya mampu merintis jejak ke masa
depanku sambil menadah tangan,berdoa agar di permudahkan
jalan yang Kau bentangkan di depanku.
Aku REDHA dengan segala ketentuan dari-MU,
YA ALLAH !
p/s:Jangan pernah lupa atau alpa bahawa kita akan merasai kehilangan sewak2 kita bahagia.